Monday, February 26, 2007

 

Monthly Halaqah Series 1 Summary

Seerah 25/02/07
by Sheikh Abu Baraa'
Darul Isra' Islamic Centre


1. Q12:108;

قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۟ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى‌ۖ وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ (١٠٨)
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."

2. قُلۡ;
• Ramai yg akan dimasukkan ke dlm Jahannam disebabkan oleh kata2 mereka.
• Perlukan kata2 (eg arahan,nasihat dll) dahulu sbl disusuli dgn tindakan.
• Zmn dahulu org2 mbincangkan yg mn lebih baik; dakwat (kata2) para ulama’ atau darah mujahidin? Dua2nya baik tp tindakan mestilah berpandukan kpd kata2.

3. هَـٰذِهِۦ سَبِيلِى;
• ‘jalan ini’ menunjukkan ianya sgt dekat dgn kita. Tidak dikatakan ‘jalan itu’ yg menunjukkan ianya jauh.
• Sejak Allah mencipta manusia, Dia telah memasukkan kepercayaan kpd Tuhan yg mn ianya merupakan fitrah (Islam);

- Q 7:172

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ (١٧٢)
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.”

- Hadis
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."(Bukhari)
• Islam merupakan Deen seluruh alam.
• ‘jalan ini’ ialah Islam.
• هَـٰذِهِ = menunjukkan ianya adalah mudah utk mengamalkan Islam, dan mudah utk memahami dan menghayati Al-Quran.
• Berbanggalah menjadi Muslim krn Islam itu mudah utk difahami berbanding agama2 lain yg x mengikut logic akal.
• Islam merupakan Deen ketamadunan krn ianya menghormati akal manusia.
• Kita sepatutnya berbangga dgn apa yg kita lakukan,yg kita pilih,bknnya berbangga dgn apa yg di luar kawalan kita spt org2 british berbangga dilahirkan british.

4. سَبِيلِى;
• Jika ‘سبيلنا’ (‘jalan kami’), semua org akan mharapkan org lain utk menjaganya dan kurang rasa kepunyaan cth jika ini hp saya, saya akan menjaganya dgn baik dan tidak akan sesekali meninggalkannya,tp kalau ini hp kami,masing2 akan meninggalkannya dgn hrpn yg lain akan menjaganya.
• Setiap org harus berusaha yg terbaik utk berkhidmat utk ‘jalan’ ini. Kita bertanggungjwb utk Deen ini.
• Setiap dr kita mengawal pintu2 pagar Islam. Kawallah dr bahagian masing2 – maksud Hadis.
• Jgn buang masa jika ada peluang utk bercakap mengenai Islam.
• Kita bertanggungjwb menyampaikan Islam kpd org ramai,bkn bertanggungjwb utk mengIslamkan mereka.

5. أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌;
• ‘jalan ini’ ialah dakwah manusia kpd Allah.
• Antara tanggungjwb kita ialah sbg Khalifah dunia ini dgn mengimarahkannya, memajukannya.
• Q 41:33;
وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (٣٣)
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”
• Hadis;

-Rasulullah SAW melukis satu garisan lurus dengan tangannya, seterusnya Baginda SAW bersabda, " Inilah jalan Allah yang lurus." Kemudian Baginda SAW melukis beberapa garisan di kanan garisan tersebut dan di kirinya. Kemudian Baginda SAW bersabda: Dan ini jalan-jalan yang tidak darinya jalan melainkan adanya syaitan yang mengajak kepadanya. Kemudia Baginda SAW membaca ". dan bahwa ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)..."

6. عَلَىٰ بَصِيرَةٍ;
• Dakwah memerlukan ilmu dan hikmah’
• Pilih ‘common areas’ dlm berdakwah, bkn ‘critical points’ yg boleh membuatkan org lari dr kita.
• Ilmu yg diperlukan:
o Memahami Islam
o Tradisi masyarakat setempat
o Bahasa masyarakat setempat
 Kisah slps perang riddah menentang Musailamah Al-Kazzab, Khalid Al-Walid mengarahkan tentera Islam menyediakan unggun api utk para tawanan memanaskan badan dgn perkataan ‘ إدفع ’ , tetapi tentera Islam yg dtg dr kawasan berbeza dgn Khalid Al-Walid memahami perkatan tersebut sbg ‘bunuhlah mereka’ lalu dibunuh kesemua tawanan perang itu akibat salah faham.
o Psychology masyarakat setempat
• Q 16:125;
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”

7. أَنَا۟ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى‌ۖ;
• Islam adalah Deen jemaah bkn individual.

ٲعلم والله

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?