Monday, January 29, 2007

 

Kuliah Tafseer Siri 3 - 3hb Februari 2007

Kuliah Tafseer (Siri 3): Sabtu, 3 Februari 07

Assalamualaikumm w.b.t...Menemui Abang2, Kakak2, dan Sahabat2 sekalian dalam keredhaan Ilahi hendaknya....
Jemputan Ke Kuliah Tafseer Mingguan
Dengan ini kami dengan sukacitanya menjemput anda sekeluarga serta rakan-rakan untuk menghadiri Siri ke-3 Kuliah tafseer mingguan. Kepada mereka yang terlepas untuk mengikuti siri-siri yang lalu, bolehlah membacanya di sini .
Berikut merupakan butiran lanjut mengenai Kuliah Tafseer tersebut.
Kuliah Tafseer (siri 3) : Kupasan Ayat-ayat Suci Al-Quran
Bersama Ustaz Ahmad Nazri Abdul Razak
Tarikh : 3 Februari 2007
Hari : SabtuWaktu : 11.00am - 12.30pm
Tempat : Darul Isra Islamic Centre, Cardiff
Untuk maklumat lanjut : Malaysian Muslim Circle atau Malaysian Muslimah Circle
Marilah bersama-sama kita mencari redha Ilahi..Jumpa di sana...
Sekian,Takut Allah, Kita Rapati-Nya

Saturday, January 20, 2007

 

Forum di Bristol: Hijrah & Pengorbanan


Sahabat-sahabat yang dihormati sekalian,
Assalamualaikum wm wbt..

Alhamdulillah kita baru sahaja ditemukan dengan Maal Hijrah 1428H pada hari ini bersamaan 20 Januari.
Insya-ALLAH MCS Bristol akan menganjurkan Majlis Forum sempena majlis tersebut.Butir- butir program adalah seperti berikut:

Hijrah & Pengorbanan Pencetus Ketamadunan Ummah
Ahli panel : Ust Erfino Johari (MSD),Ust Nazri Abd Razak (Cardiff),Bro Rizal Hafiz (Bristol)
Tarikh : 27 Januari 2007 (Sabtu) - solat Asar & Maghrib di Manor Hall
Lokasi : Manor Hall, Lower Clifton Hill, Bristol BS8 1BU
Masa :2-6 ptg
Jemputan : Warga Malaysia dr Bristol,Cardiff, Bath dan sekitarnya
Medium : Bahasa Melayu
Pakaian : sopan & menutup aurat

Tiada sebarang bayaran akan dikenakan.
Jamuan ringan disediakan

Bagi anda yang berhajat mengajukan soalan pd forum itu nanti,sila majukan soalan terlebih dahulu kpd mantera_syafiq@yahoo.co.uk. Ini bg memberikan keselesaan kpd ahli panel utk memberikan jawapan terbaik kpd anda. Ingat,bukan calang2 panel yg kami bawakan.

Jangan lepaskan peluang anda.

Tidak ketinggalan, kita juga rasa terpanggil utk meghulurkan bantuan kpd mangsa banjir di selatan tanah air.Insya-ALLAH, tabung bantuan mangsa banjir akan dilancarkan pd majlis itu nnt. Silalah hulurkan sumbangan seikhlas mungkin. Mungkin esok giliran kita .

InshaAllah kite bertemu di sana nanti jika dipanjangkan usia.

Thursday, January 18, 2007

 

Donation Drive for Johore Flood Victim

Malaysian Students’ Society of Cardiff
MSSCF; Our Society, Our Family


Thursday, 18th January 2007

Dear friends,

Re: Donation Drive For Johore Flood Victims

We pray to God that may everyone in good state of mind, spirit and health.

A great flood has hit Johore twice, and this has caused 103,577 victims from 23,541 families (The Star, 16 Jan) to be placed in 320 evacuation sites throughout the states. The tense felt by the government, state and the people is immense. Despite the aid given by various parties which includes the government, political parties, NGOs and individuals, the gifts are still not enough to supply the victims their daily needs. Click here to view a video clip (from YouTube) on the flood and the suffering of it’s victims.

Thus, MSSCF feels that we should also play a role in helping our family, relatives, neighbours, friends and fellow Malaysians in Johore to ease their suffering by launching a “ Donation Drive ”. All contributions could be made online to the MSSCF’s Vice President’s bank account as below:

Name : M A Noor Azman
Sort-code : 40-16-15
Account no. : 324 72 554
Detail : JHR DONATION

All contributions received will be given to Yayasan Amal Malaysia (www.amalmalaysia.net), a registered humanitarian aid NGO, by the MSSCF Committee. All contributions should be made before Wednesday, 24th of January, 2007.

Your kind contribution is highly appreciated, and with that, we wish to say thank you.

“Because we care”

Warmest regards,
MSSCF Committee 2006-2007

Saturday, January 06, 2007

 

Malam Sejuta Harapan

Assalamualaikum wbt.

Salam mesra salam sejahtera buat semua sahabat yang dihormati. Pihak moderator dan rakan-rakan di MMC memohon maaf kerana tidak mengemas kini blog memandangkan ramai diantara sahabat2 yang merantau ke merata tempat, baik ke Coventry, mahupun ke Ireland. Semoga perantauan anda ke mana jua membuahkan hasil yang boleh diterjemahkan kepada gerak kerja yang lebih produktif, inshaAllah.

Saf qiadah muslimin Cardiff telah berjaya, alhamdulillah, mengadakan sebuah pertemuan yang Moderator dengan suka2nya menamakan sebagai Malam Sejuta Harapan. Berikut merupkan perincian program yang telah dijalankan:

Malam Sejuta Harapan
Tempat: singgahsana Abg Halikul
Kehadiran: 9 orang pemuda + tuan rumah & keluarga
Tema: Exam!!!

Program
8.15pm - tuan rumah yang penyayang menyambut tetamu
8.30pm - Tadabbur Al-Quran; Surah Al-Kahfi
9.00pm - Sedikit kupasan daripada ayat2 yg dibacakan, oleh akhi Moderator
9.30pm - Bersama Abg Halikul; Niat, belajar & exam.
10.15pm - Minum malam (bubur kacang yg menggiurkan, agar2 coklat yg lazat, hot choc!)
11.00pm - Lights off
12.00pm - Baru tutup mulut & mata....huhu!
4.30am - Dikejutkan untuk Qiyam tetapi masih liat. Alasan: ramai beratur utk ke bilik air!
5.00am - Qiyamullail
6.15am - Solat Subuh & bacaan Al-Ma'thurat
6.45am - sembang2 'Tujuan Hidup' bersama akhi Aidil
7.00am - Sarapan pagi (Nasi Goreng Borneo yang sungguh dahsyat keenakannya, agar2 coklat yang masih hebat rasanya, nescafe panas)
8.00am - Bersurai bersama makanan yg ditapau (Cucur udang yg sungguh kaya dengan udang & inti yg lain, kuah kacang, bubur kacang).

Kami mendoakan keberkatan yang melimpah buat Abg Halikul & keluarga atas nasihat & budi baik yg diberikan. Semoga latihan jiwa yang hanya beberapa jam ini dapat dijadikan bekalan untuk terus bekerja bersungguh-sungguh meraih kejayaan & mendapat keredhaan Ilahi.

Semoga berjaya didalam peperiksaan yg mendatang!

Sekian.

"Takut Allah, Jom Ikut Nabi!"

This page is powered by Blogger. Isn't yours?