Saturday, January 06, 2007

 

Malam Sejuta Harapan

Assalamualaikum wbt.

Salam mesra salam sejahtera buat semua sahabat yang dihormati. Pihak moderator dan rakan-rakan di MMC memohon maaf kerana tidak mengemas kini blog memandangkan ramai diantara sahabat2 yang merantau ke merata tempat, baik ke Coventry, mahupun ke Ireland. Semoga perantauan anda ke mana jua membuahkan hasil yang boleh diterjemahkan kepada gerak kerja yang lebih produktif, inshaAllah.

Saf qiadah muslimin Cardiff telah berjaya, alhamdulillah, mengadakan sebuah pertemuan yang Moderator dengan suka2nya menamakan sebagai Malam Sejuta Harapan. Berikut merupkan perincian program yang telah dijalankan:

Malam Sejuta Harapan
Tempat: singgahsana Abg Halikul
Kehadiran: 9 orang pemuda + tuan rumah & keluarga
Tema: Exam!!!

Program
8.15pm - tuan rumah yang penyayang menyambut tetamu
8.30pm - Tadabbur Al-Quran; Surah Al-Kahfi
9.00pm - Sedikit kupasan daripada ayat2 yg dibacakan, oleh akhi Moderator
9.30pm - Bersama Abg Halikul; Niat, belajar & exam.
10.15pm - Minum malam (bubur kacang yg menggiurkan, agar2 coklat yg lazat, hot choc!)
11.00pm - Lights off
12.00pm - Baru tutup mulut & mata....huhu!
4.30am - Dikejutkan untuk Qiyam tetapi masih liat. Alasan: ramai beratur utk ke bilik air!
5.00am - Qiyamullail
6.15am - Solat Subuh & bacaan Al-Ma'thurat
6.45am - sembang2 'Tujuan Hidup' bersama akhi Aidil
7.00am - Sarapan pagi (Nasi Goreng Borneo yang sungguh dahsyat keenakannya, agar2 coklat yang masih hebat rasanya, nescafe panas)
8.00am - Bersurai bersama makanan yg ditapau (Cucur udang yg sungguh kaya dengan udang & inti yg lain, kuah kacang, bubur kacang).

Kami mendoakan keberkatan yang melimpah buat Abg Halikul & keluarga atas nasihat & budi baik yg diberikan. Semoga latihan jiwa yang hanya beberapa jam ini dapat dijadikan bekalan untuk terus bekerja bersungguh-sungguh meraih kejayaan & mendapat keredhaan Ilahi.

Semoga berjaya didalam peperiksaan yg mendatang!

Sekian.

"Takut Allah, Jom Ikut Nabi!"

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?