Friday, December 01, 2006

 

Harga sebuah kasih sayang......

Post kali ini khas diutuskan oleh Moderator kepada seorang gurunya yang sangat dihormati, Al-Ustadh Hasrizal Bin Abdul Jamil.

Mubaarak! Syukur & Tahniah atas kelahiran anakmu yg ke-3! “Alhamdulillah… segala puji buat Allah dengan pujian yang selayaknya untuk keagungan dan kebesaran-Mu, atas ketibaan anakanda kami yang ketiga, dengan penuh kesempurnaan dan kesejahteraan. Ya Allah, kurniakanlah ketinggian iman dan kepercayaan, kesejahteraan tubuh dan badan, kecerdasan akal fikiran, kehalusan budi dan pertuturan, buat anakanda Muhammad Imaduddin. Permudahkanlah untuk kami melaksanakan tanggungjawab membesar dan mendidik amanah-Mu ini, seorang anak yang datang dari-Mu, dan wajib kami besarkan untuk berbakti kepada-Mu, sebelum pulang semula kepada-Mu, selepas alam dunia, tempat menguji setiap hamba, patuh taat atau durhaka. Alhamdulillah…”
-Al-Ustadh Hasrizal Abdul Jamil, UIA, Malaysia-

Semoga Muhammad Saiful Islam, Naurah & Muhammad Imaduddin bakal mengorak langkah menjadi penegak agama yang suci, inshaAllah. Beruntunglah mereka yang berkunjung ke Ireland di bulan Disember ini kerana berpeluang untuk bersua muka dengan beliau.

wassalam wbt.
Takut Allah, jom ikut Nabi!
-Akhi Moderator yg merindukan gurunya-



Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?