Friday, November 10, 2006

 

Selamat Datang, Ahlan Wa Sahlan buat semua!

Assalamualaikum wbt.

Pertama2nya saya bersyukur kepada Allah SWT kerana kasih sayangNya, kita sama2 dapat mengecapi pelbagai nikmat, yang seringkali kita lalai dan lupa, bahkan adakalanya kita alpa untuk berterima kasih kepada Yang Maha Memberi.

Syukur kehadrat Allah, berkat pertemuan dan perbincangan beberapa rakan kita, blog ini berjaya ditubuhkan, hasil daripada keazaman untuk mendidik dan mengasuh jiwa kita untuk bersama-sama menjadi seorang Muslim yang baik, serta berupaya untuk menjadi contoh kepada umat manusia disekeliling kita.

Dengan ini, saya menggelarkan diri saya sebagai Moderator buat blog ini.

Paparan di blog ini akan mengemukakan aktiviti2 kita sekitar Cardiff serta UK & Eire, isu-isu yang wajar dibincangkan, artikel2 yang munasabah yang dikarang oleh mana2 individu serta perkara2 lain yang dirasakan wajar dipaparkan sebagai wadah untuk kita bersama2 membaca, menghayati dan mengambil iktibar.

Pendapat, komen, cadangan, harapan anda amatlah diperlukan dan dihargai.

Semoga blog ini dapat digunakan sebaik mungkin sebagai madah untuk kita bersama2 mengasuh diri untuk menjadi seorang Muslim yang berjaya, inshaAllah.

Sekian, wassalam

love for god
Azad
Moderator Blog my-cf10

Comments:
aiseh...dlu malu2 berbelog..skang sudah 2... claim sendrik lak jadik moderator...hahah
selamat berjaye... jgn mati lak..hoho
 
blog ni spesyel sket san..huhu...banyak org yg bley gerakkannye. yg blog aku tu, aku je yg gerak...hehe
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?