Sunday, November 12, 2006

 

PUISI 2006, bersama memeriahkannya!


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh….
Kehadapan teman-teman sekalian,
Malaysian Muslim Circle (MMC) dengan sukacitanya ingin menjemput saudara dan saudari sekalian ke….
Perhimpunan Ukhuwwah Insaniah Seluruh Ireland

" The 7 Habits of Highly Effective Muslim"

22-25Disember 2006

Tain Adventure Center, CountyLouth
Dublin, Ireland




Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Saudara WanSah ( Social Sec of MSSCF )
Email : feldarian23@yahoo.co.uk Tel No : 07809602588






Siapakah aku?

Aku adalah temanmu yang setia,
Aku juga adalah pembantu terhebatmu,
atau beban terberatmu.
Aku mungkin mendorongmu ke depan
atau mengheretmu jatuh ke bawah untuk gagal.
Aku sepenuhnya di bawah arahanmu.

Separuh daripada perkara yang engkau lakukan,
engkau mungkin akan datang kepadaku
dan Aku mampu melakukannya
betul dan betul-betul

Aku mudah diurus,
tetapi engkau perlulah bertegas denganku,
Tunjukkan kepadaku dengan tepat
bagaimanakah engkau mahu aku melaksanakan arahanmu
selepas beberapa siri pembelajaran
aku akan melakukanannya
sendiri otomatik.

Aku adalah hamba setiap orang yang berjaya,
malah juga setiap yang gagal,
Setiap yang hebat,
akulah kehebatan itu.
Setiap yang gagal,
akulah punca kegagalan itu.

Aku bukan mesin,
walaupun aku bekerja dengan sepenuh ketepatan,
sebuah mesin yang disempurnakan lagi dengan
kebijaksanaan insan.

Engkau boleh menggunakanku untuk keuntungan,
Boleh juga untuk kerugian,
-Tiada beza antara keduanya buatku-

Ambillah aku,
latihla aku,
bertegaslah denganku,
dan aku akan menundukkan dunia di kakimu.
Berlengah acuhlah denganku,
dan aku pasti akan membinasakanmu.

Seluruh PUISI 06 akan membicarakan tentang diriku..

SIAPAKAH AKU?





Sekian,
Pesona Mukmin Cemerlang

This page is powered by Blogger. Isn't yours?