Thursday, November 23, 2006
Pics on 18th Nov Fortnight Joint Circle
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah. Selawat & salam buat junjungan besar Muhammad SAW, Rasulullah, utusan Allah utk memberi rahmah ke sekian alam.
Syukur kepada Allah, "Fortnight Joint Circle" yg dianjurkan oleh Cardiff Malaysian Muslim Circle berjalan lancar dan baik. Rata-rata wajah yang bertandang di Darul Isra' Islamic Centre terdiri bukan sahaja dari kalangan muslimin muslimat UG, PG serta yg bekerja juga turut bersama-sama meluangkan masa menghadiri majlis ilmu penjana minda, pendidik jiwa, pembina ukhuwwah.
Majlis yg sentiasa berseri kendalian akhi Wansah selaku pengerusi majlis dimulakan dengan sesi suai kenal (ta'aruf) diantara hadirin. Setelah itu, Abg Haalikul dijemput untuk membentangkan sedikit pengisian berkenaan dengan Ilmu Tauhid, bertepatan dengan tema yg diberikan, ya'ni "Tawheed; Finding Our Destiny".
Jazakumullahu khairan buat semua yang hadir. Semoga pengisian yg diberikan oleh Abg Haalikul dapat memupuk diri kita untuk lebih cenderung untuk mengenali Tuhan kita yg sentiasa kasih dan sayangkan kita. Semoga kita menjadi orang yang lebih baik pada hari ini, serta dihari-hari mendatang.
Bersama-sama menyemai ukhuwwah, menyubur jiwa, menggerakkan minda, mendidik manusia, menegakkan agama.
Sekian, wassalam
-love for god-