Wednesday, November 29, 2006

 

Kuliah Tafseer: Sabtu, 2 Disember '06

Abg2, Kakak2, sahabat2 sekalian,

Assalamualaikum wbt.

Jemputan ke Kuliah Tafseer Mingguan

Segala puji bagi Allah diatas kasih sayangNya yang tiada had, tiada batasan dan tiada kekurangan. Dengan kasih sayangNya jualah kita manusia semua bersatu, hidup aman dan damai, alhamdulillah. Selawat dan salam kita tujukan khas buat Nabi Muhammad SAW, contoh ikutan dan teladan buat ummat manusia sepanjang zaman.

Dengan ini kami menjemput anda sekeluarga serta rakan-rakan untuk bersama-sama menimba khazanah ilmu yang terkandung di dalam kitab petunjuk ummat manusia, iaitulah Kuliah Tafseer yang, inshaAllah, akan diadakan sekerap 2 kali sebulan. Berikut merupakan butiran lanjut mengenai aktiviti tersebut:


Kuliah Tafseer; Kupasan Ayat-ayat Suci Al-Quran
Bersama Ustaz Ahmad Nazri Abdul Razak
Tarikh : Setiap Sabtu minggu 1 & 3 (Bermula minggu ini, Sabtu 2 Disember 2006)
Waktu : 10.30am – 12.30pm

Bagi mereka yang berminat untuk menghadiri Kuliah Tafseer ini, anda digalakkan untuk membawa naskah Terjemahan Al-Quran sendiri sebagai rujukan sambil bersama-sama mendengar pengisian yang akan diberikan oleh Ustaz Nazri.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda bolehlah menghubungi Wansah (07809602588) atau klik sini ( http://my-cf10.blogspot.com/ ).

Semoga kita menjadi individu yang lebih baik hari ini, esok dan dimasa-masa yang akan dating. Jom blajaq tafseer!

"(Adalah tidak patut untuk) orang-orang mukmin keluar berperang (semua sekali). Alangkah elok sekiranya ada segolongan di kalangan mereka yang keluar untuk mendalami agama Allah, dan seterusnya untuk mengingatkan kaum mereka apabila mereka kembali kelak, semoga mereka semua mendapat peringatan".
-Surah At-Taubah; Ayat 122-

Sekian, wassalam
Pesona Mukmin Cemerlang


Comments:
salam

bagus2.. marilah bersama-sama mendalami ilmu al Quran..

wslm
 
tiba2 kat bawah tu ada perkataan "otak felda".. isk3...
 
*otai.. bukan otak.. typo.. pastu pulak ada gamba org bakar sate.. adeeih
 
salam....

huhu, amar, lama tak dgr cite. harap sume ok kat leeds. iA ada masa nanti kite jumpe.
wslm
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?