Sunday, November 26, 2006

 

Grand Circle: 25th Nov 2006

Salam wbt,
Berikut merupakan sedikit laporan berkenaan Grand Circle yang telah diadakan di Darul Isra' pada hari Sabtu, 25 Nov. Penceramah yang dijemput ialah Al-fadhil Ustaz Nazri, graduan Universiti Mu'tah, Jordan, dalam bidang Pengajian Islam & Shari'ah. Semoga ianya bermanfaat buat semua.
-------------------------------------------------

Persoalan Utama: Bagaimanakah caranya untuk mewujudkan sebuah KELUARGA BAHAGIA?!
(SINGER; menawan keluarga bahagia??!)

Ibnu Khaldun menyatakan pendapatnya tentang fitrah manusia didalam kitabnya, Muqoddimah, yang berbunyi:
“Manusia dalam sifat semulajadinya perlu hidup bersosial (saling memerlukan antara satu sama lain)”

-kita tidak boleh, tidak mampu untuk hidup seorang, walau banyak mana harta, walau tinggi mana pangkat kita sekaipun.
-jangalah kita mengeji orang yang melakukan pekerjaan yang ‘tak glamour’, kerana mereka juga menyumbang kepada ekonomi masyarakat. Mereka memainkan peranan yg sangat bermakna dalam kehidupan kita.
-kita perlu kepada keluarga; ibu & ayah, abang kakak & adik2, saudara-mara dan lain2.

Life cycle seorang manusia
Baby à Muda Remaja à mencari pasangan à berkahwin à dapat baby
*kaedah mencari pasangan yg tidak berlandaskan Islam adalah BANNED!

-kita bergantung kepada sifat rububiyyah Allah; Allah membesarkan kita, menjadikan kita dewasa & tua, mematikan kita etc.
-sifat rububiyah Allah adalah sifat yg tidak dapat dinafikan oleh mana2 manusia.

PERSOALANNYA…..Di mana mulanya sesebuah keluarga bahagia?
-banyak orng memberi definisi tersendiri tentang bahagia
-eg. Kerja cleaner 23 jam sehari x £5.35 per hour = $$$$ + Mercedes
-bahagia dalam sengsara, “Duit punye pasal, taka pa”
-manusia dianalogikan seperti computer. CPU = hati. Kebahagiaan terletak di CPU kita.
-CPU akan rosak sekiranya dimasuki virus, atau ‘hacked’.
-seandainya kita menjagai hati & keimanan, inshaAllah kebahagiaan itu masuk ke dalam hati walaupun tidak berharta.

JAWAPAN kepada persoalan di atas…..DIRI KITA SENDIRI!
-kita memulakan langkah untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia

SIFIR KELUARGA BAHAGIA
1)Syakhsiah Mukminah (individu mukmin)
a)Visi & Matlamat Hidup
-Ruba’i ibn Amir diarahkan untuk berjumpa dengan Rustum, penguasa Rom. Rustum musykil mengapa umat Islam sanggup pergi ke tempat yang jauh untuk menyebarkan risalah Islam, lalu Ruba’i menjawab….
“Allah telah membebaskan semua hambaNya daripada penyembahan sesama hamba kepada penyembahan kepada Tuhan hamba, serta daripada kesempitan kehidupan dunia kepada keluasan kehidupan dunia & akhirat, dan daripada kezaliman dlm segala ikutan lain, kepada keadilan Islam!”
-kita wajib menyembah “Rabbul ibad” (Rabb kepada hamba), bukannya “Ibaadul Rabb” (hamba kepada Rabb)
-kita tidak patut menyembah segala perkara yang bermatlamatkan keduniaan.
-tidak salah untuk kita mencari harta, bergaya, tetapi tidak sampai melebihkannya daripada Rabbul Alameen.
-maka, adalah perlu untuk kita mempunyai visi & matlamat yang lebih panjang, sehingga ke syurga. Supaya kita jelas “inilah yang nak aku bentuk, rancang & buat dalam hidupku!!”

b)Wanita Solehah Untuk Lelaki Soleh
-Surah An-Nur: 26
-Abu (bukan nama sebenar, seorg yg baik akhlaknya) tidak boleh kahwin dgn Britney Spears (mungkin nama sebenar…hehe). Tidak sekufu, tidak sesuai.
-naluri & fitrah manusia sentiasa inginkan kebaikan. Bukti & hujjah: Pencuri tidak akan suka barangnya dicuri oleh orang lain. Dalam kata lain, pencuri pun tidak suka pencuri.

2)Usrah Sa’adah (Keluarga bahagia)
-Surah An-Nur: 3
-masyarakat non-muslim Barat adalah masyarakat diambang keruntuhan kerana institusi kekeluargaan sudah goyah.
-manusia yg tidak punya ibu bapa akan memberontak, jiwanya gusar, tidak dapat membesar dengan cemerlang

a)Persiapan Ke Alam Rumahtangga
-Sabda Rasulullah
“Wahai para pemuda, barangsiapa antara kamu yang mampu untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin……..”

b)Mengapa anda ingin berkahwin?!
i-memenuhi tuntutan fitrah (Surah Ar-Rum: 21)
ii-mendapatkan zuriat (Surah An-Nahl: 72)
iii-mencari keseronokan (Surah Al-Baqarah: 223)
-kahwinà melengkapkan sebahagian agama, kalau mampu.
-Rasulullah menegur sahabat, Rasulullah tidur, puasa dan berkahwin.
-Sabda Rasulullah, HR Abu Daud
“Hendaklah kamu berkahwin perempuan yg subur lagi bersifat penyayang. Sesungguhnya aku adalah yang paling bahagia dengan bilangan umatku di hari akhirat kelak”

c)Proses mencari pasangan
-permulaan kea rah pembentukan Usrah Sa’adah.
-Surah At-Tahrim: 6
-kahwin sememangnya menarik, tetapi taggungjawabnya besar
-penekanan terhadap aspek agama dalam memilih pasangan sebagaimana Rasulullah bersabda…
“Wanita itu dinkahi berdasarkan 4 sebab; harta yg dimilikinya, keturunannya, kecantikannya & agamanya. Maka pilihlah yg baik agamanya, nescaya kamu akan beruntung” -HR Muttafaqun Alaih-
-penilaian kecantikan sangat subjektif.
-Sabda Rasulullah lagi, HR Tirmidzi….
“Apabila datang kepada kamu seseorg (untuk mengahwini anak gadismu) yg kamu akui kebaikan agama & akhlaknya, maka kahwinilah dia. (Aku bimbang) sekiranya kamu tidak berbuat demikian, maka akan berlaku fitnah di atas muka bumi”

d)Mengekalkan Keharmonian Rumah Tangga (khas untuk yang sudah berkahwin)
i)Konsep kebersamaan
-mandi bersama (HR Abdurrazaq & Ibn Abi Syaiban)
-riadah bersama (kisah Rasulullah dgn Aisyah)
-tidur bersama dgn selimut yg satu (HR Said Ibn Manshur)
-solat berjemaah
-makan bersama

ii)Bermanja2an & belai-membelai
-HR Abdurrazaq
-Picit hidung
-Puji memuji (Rasulullah memanggil “isteriku yang merah jambu (ya humaira)”
-tidur di atas peha

iii)Bertukar hadiah

iv)Saling bermaafan
-terutamanya sebelum tidur

v)Serlahkan rasa kasih & saying
-phrase ILU sebagai kata2 hikmat.

e)Kids’ Corner! Hak-hak anak2
-pilih ibu yang baik
-beri nama yang baik
-hak pendidikan & asuhan. Bayi diajar seawall ketika ianya didalam rahim ibu.
-hak nafkah.

3) Mujtama’ Mutafawwiqoh (masyarakat yang cemerlang, gemilang & terbilang)
-kompilasi usrah sa’adah.
------------------------------------------------------

laporan disediakan oleh: Azad (andai ada sesiapa ternampak sebarang kesilapan, terutamanya pada hadith Nabi, mohon ditegur ye)

Inginkan softcopy presentation PowerPoint? Email Ust Nazri di
anazrirazak@yahoo.com

Inginkan audio usrah? hubungi akhi Aufa.

Sekian, wslm
Takut Allah, jom ikut Nabi!!
-love for god-

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?